Aktiviti



MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEEMPAT PERTUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN

Tarikh : 28 Mac 2010
Jam : 9 Pagi
Lokasi : Dewan Al-Imama Al Ghazali, Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong.
 
Semua ahli dijemput hadir.

-------------------------------------------------------------

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

 

Masjid Al Imam Al Ghazali (MAIAG), Bandar Menjalara, telah mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat masjid pada 7hb Mac 2010 yang lalu dengan tema “Cinta Rasul”. Program ini terbahagi kepada dua. Pada sebelah siang telah diadakan Selawat Nabi s.a.w. dan sebelah malam pula ialah acara kemuncak dengan diadakan Forum. Objektif sambutan ini ialah:-

  • Meningkatkan rasaaa kecintaan sejati dan mendalam terhadap Rasulullah s.a.w untuk sentiasa mengingati Baginda.
  • Memupuk kesedaran dan keperihatinan untuk menjadikan Baginda contoh ikutan yang terbaik dan mengamalkan ajarannya dengan penuh ketaatan dan keikhlasan
  • Menggerakkan silaturahim di kalangan ahli-ahli kariah MAIAG melalui pertemuan serta penglibatan dan kerjasama dalam menjayakan program sambutan seperti ini.

Pertandingan Selawat Nabi s.a.w. telah bermula dari jam 2.30 petang. Pertandingan ini telah dibahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Kategori lelaki telah disertai oleh 6 pasukan. Pasukan-pasukan tersebut ialah Harmony Voices, Kumpulan al-Hidayah, Band of Ikhwah, Al-Fateh, Wadah al-Ghazali dan Bunkface Islamik. Manakala penyertaan dalam kategori wanita telah disertai oleh 8 pasukan dan pasukan-pasukan tersebut ialah Wanita al-Hidayah, Ghayyir Nafsaka, Kumpula Helwa MAIAG, De’ Humaira, Magnificent 5, Kumpulan Al-Huda, Fikratul Mujahidah dan Puteri An-Nur Surau KIP. Semua penyertaan ini adalah terdiri dari kalangan qariah masjid ini. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Ustaz Mujahidin, Ustaz Fathullah dan Che Amran (Raihan). Setiap pasukan hanya dibenarkan mempersembahkan lagu-lagu selawat dalam masa 8 minit sahaja.

Pada sebelah malam diadakan acara kemuncak iaitu Forum Khas. Walaubagaimanapun sebelum forum diadakan, upacara sebelah malam diadakan dengan ucapan Pengerusi Masjid iaitu Dato’ Alang Zari.

Kemudian ianya diikuti dengan persembahan Qasidah dan Selawat Nabi s.a.w oleh Kumpulan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur. Selepas itu ia diikuti dengan Forum Khas bertajuk “Cinta Rasul”. Panel forum ini ialah Ustaz Zawawi Yusof (UIAM) dan Ustaz Roslan Mohamad (UM). Manakala moderatornya pula ialah Ustaz Mohd Ajib Ismail (JAKIM).

Selepas forum ini, penyampaian hadiah untuk pertandingan Selawat Nabi dan Pertandingan mencipta banner peringkat Sek. Men. Keb. Agama Kuala Lumpur. Majlis sambutan ini diakhiri dengan jamuan selepas solat isyak.

 

-------------------------------------------------------------

GOTONG ROYONG MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI BERSAMA DBKL DAN ALAM FLORA


Program ini telah diadakan pada 20hb Februari 2010. Berikut adalah beberapa gambar sekitar majlis ini.

 
Orang kuat program gotong royong ini.

  
Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan kerja-kerja gotong royong.

  
Ketua Imam, Ketua Bilal dan AJK bergambar setelah selesai menanam pokok.

  
Membersihkan kawasan masjid

 
Pelajar-pelajar SMAKL turut terlibat membersihkan masjid

 
VVIP turut terlibat dalam gotong royong membersihkan masjid

  
Dato' Haji Alang Zari bin Ishak (Tengah) 
(Pengerusi masjid Al-Imam Al-Ghazali)
Menanam pokok hiasan bagi melindungi kawasan yang
telah lama menjadi tempat pembuangan sampah di sekitar masjid


-------------------------------------------------------------

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H/2010M 

Masjid Al Imam Al Ghazali akan mengadakan program Sambutan Maulidur Rasul untuk tahun 1431H/2010M dengan tema " Cinta Rasul". Acara kemuncak akan diadakan pada hari Ahad 7hb Mac 2010. Berikut adalah jadual lengkap program ini.

Tarikh : 7hb Mac 2010
Hari : Ahad
Masa:-
2.30 petang - Pertandingan Selawat (Lelaki daan Perempuan) - Dewan Al Imam Al Ghazali.
8.00 malam - Berzanji, Forum, Penyampaian Hadiah & Solat Isyak - Dewan Solat
10.30 malam - Jamuan - Dataran Jamuan


Pertandingan Selawat ini terbuka kepada semua ahli kariah. Ia merupakan acara berkumpulan. Setiap kumpulan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 4 orang. Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan borang di pejabat masjid atau dengan menghubungi di talian 0362801934.